Tuesday, February 28, 2012

eksesais

sit up sebenarnye tak boleh kempis kan perut....hanya boleh sakit kan pinggang.....

Thursday, February 23, 2012

pembuli vs ketua pembuli

kelmarin, anak wa membuli wa...sambil baring sambil tarik rambut wa, cakar muka wa, golek2 sambil sepak2 wa dan yg paling champion meninggalkan air liur masam kt wa...tp wa relax...sebab dier anak wa....

ting!!!!!datang satu akal...

wa masukkan 2-2 tangan anak wa kt dlm seluar dier...masuk kaw2 punya smpi susah nk kuar kan...wa baring kan anak wa..pastu wa lari jauh sikit....wa usha...terkial2 makcik tu nk escape kan diri..dah mcm ulat plak wa tgk...kih kih kih..baru tau yg bapaknye dier pembuli besar...ade hati nk buli wa...

nasib baik laaa wa sayang

Wednesday, February 22, 2012

berita dari terengganu


hello selamat pagi dan salam 1terengganu,

memang sumpah dah lama wa tak parking cerita kt sini. hari nih wa tulis lah sikit eh....tu pun kot2 masih ade yg baca lagik blog wa nih.

  • wa dah dekat setahun dah lepak kt sini..so far hmmm...mcm tu lah
  • tatau la samada korang ni tau yg wa dah jd bapak dah...dah 6 bulan dah anak wa
  • wa dpt anak pompuan..mmg idaman wa sebab wa tak penah ade darah daging pompuan lagi selain incik ibu wa
  • disebabkan keje yg berterusan, wa masih lagi belom pegi honeymoon dgn incik isteri wa..dah setahun lebih dah kami kawen
  • skill menulis sudah tumpul sedikit...dah tak pandai nk tulis ape lagik, so wa enclosed gambar2 anak wa






Monday, February 13, 2012

warna

Pada masa dahulu, warna tidak wujud lagi. Hanya ada hitam dan putih sahaja. Manusia pun hidup dalam keadaan bosan, kerana pemandangan sangat tidak menarik.

tiba-tiba, selepas hujan yang lebat malam sebelumnya, satu pelangi besar muncul dilangit. Semua orang pun terasa tertarik melihat pesta warna-warna di atas langit.

Semasa manusia tengah asyik melayan suasana meriah tersebut, pelangi besar itu terjatuh dan melimpah warna keatas bumi ini.

Manusia pun berebut-rebut memilih warna masing-masing.

Monday, October 3, 2011

delima mesin fotostat kt opis

dua minggu lepas, wa telah menalipon brader yg ditugaskan untuk merepair mesin fotostat kt opis wa dtg ke opis untuk kerja2 repair merepair mesin yg telah barai.

6 hari lepas wa talipon lagik sekali brader repair mesin fotostat tu sebab mesin fotostat tu masih lagik barai. suruh repair kaw2 punya kali ini.

3 hari lepas sekali lagi wa terpaksa menalipon brader repair mesin fotostat tu suruh datang tolong tengok2 kan ape kejadahnye barai beribu kali mesin tu.

dan pagi tadi wa talipon brader repair mesin fotostat tu suruh dtg ke opis wa sebab wa nk tumbuk muka brader tu. esok wa nk tumbuk mesin fotostat tu pulak

Tuesday, April 19, 2011

negeri sembilan classic!!! (24 sx)

nota kepala : -kalau nak power sila baca dengan slang negeri sembilan-


al kisah...dizaman dahulu kala, di daerah juaseh, n9, tinggallah sebuah keluarga. seorang suami, seorang isteri dan seorang anak. kehidupan mereka tersangatlah bahagia meskipun kemiskinan melanda.

rumah berkonsepkan "studio apartment" a.k.a sebiji pondok dimana tiada bilik dan dapur menjadi tempat berteduh mereka sekeluarga. ruang yg konon2 nya "bilik tidur" hanyalah sebuah kelambu yg beralaskan tilam di ceruk dinding rumah.

pada suatu hari, dikala malam jumaat, sang suami mula mengalami perasaan "lelakinya". 3 gelas air akar kayu dan tongkat ali dibantai untuk persediaan "permainan" malam itu. tunggu punya tunggu, sang anak masih belum mahu melelapkan mata lagi. di tunggu lagi...makin celik mata sang anak bermain di larut malam. berkatalah sang suami kepada anaknya

"jang..ekau poie tanyo omak kau...malam ni bole menaip ko?"

pergilah sang anak menghadap ibunya yg sedang menunggu didalam kelambu

"omak...abah tanyo..malam nie bole menaip ko?"

"ekau koba kt abah kau tunggu kojap...omak nk siap2 dulu ni haa"

maka pergilah sang anak memberitahu kepada sang suami.

"bah..omak koba kojap laie..ntah apo yg nk siap2 tu ntah"

tersenyum lah sang suami mendengar respon daripada sang isteri...tunggu punya tunggu sang anak masih belum nk tidor lagi...merungutlah sang suami sendirian kegersangan...

"haiihhh..dah malam pokak nih..tak tido2 laie...torang bonar mato budak nih..ntah bilo lak nk pojam...den dah tak tahan dah nih"

"omak nyo....dah ko bolom???den tunggu dah lamo dah nih nak menaip" pekik sang suami kepada sang isteri

"bolom laie...jaga tu tak balik umah laie..kang bilo dah ngantuk jaga tu boleh lah abang nak menaip" balas sang isteri.......



________________________________________________________________________________________________________________________


selepas 30 minit, sang suami memberi arahan kepada sang anaknya yg masih belum tidur

"ekau koba kt omak kau, malam ni tak tadi menaip..abah tulis pakai tangan jo...kek jamban tadi"

Tuesday, March 22, 2011

5 deret tandas di opis terengganu

hai,

ape kabar? hari ini abang hendak ceritakan tentang 5 deret tandas di opis terengganu. seperti yg sedia maklum, abang dgn tandas ni mmg sungguh tak bole ngam. lebih2 lagik ngan tandas awam. ade saje masalah dan perangai yg ditimbulkan oleh tandas2 tersebut.

begitu juga dengan tandas di opis terengganu ini. terdapat 5 bijik tandas kesemuanya dalam 1 deret. semuanya nampak cantik2 belaka. baru dan bersih. memang sedap mata memandang lah.

setakat ini abang hanya pernah menggunakan 3 daripada 5 biji tandas yg disediakan. lagi 2 biji itu masih belom berkesempatan. insyaallah jika ada kesakitan perut, abang akan menggunakannya kelak.

disini abang hendak menyatakan sesuatu yg kurang enak tentang 3 bijik tandas yg ada di opis terengganu. tandas yg no 2 dari kiri. anda mungkin akan mengalami heart-attack yg melampau sekiranya anda menggunakan tandas ini. ini kerana ketika anda sedang enak melayan perasaan, pintu yg anda kunci secara tiba2 bole dibuka dengan easy nya. bukankah ia akan mengundang satu perasaan aneh yg hanya dengan melempang org sahaja yg boleh meredakan perasaan aneh itu.

bagi tandas yg berada di tengah2 iaitu yg no 3, ia seakan2 tandas peribahasa, "masuk kering keluar basah". tandas yang sungguh magic dan membolehkan anda standby swimming trunk dan goggle seakan2 anda hendak pergi menyertai sukan renang. kebiasaannya ia akan mengambil masa sekurang kurangnya 20 minit untuk anda mengeringkan tubuh badan anda dengan mengelap menggunakan tisu gulung.

dan tandas yg paling cilake adalah tandas yg paling hujung sekali. tiada masalah kunci. tiada masalah kebocoran. semuanya perfect. akan tetapi ketika anda hendak meng flush hasil anda, anda akan mendapati kesukaran disitu. seolah2 hasil anda itu telah melakukan dosa dosa yg besar sehingga bumi pun tidak mampu menerima hasil anda itu. cubaan yang paling terror adalah dengan 4 kali flush. sungguh memakan masa.

nota kaki : pukimak......semuanya ini kena kt wa....tiu nia seng!!!

Wednesday, March 16, 2011

ehemm ehemmmm.....

sehari suntuk wa berjalan...ye lah kt tpt baru..di paka yg hampa kerteh yg letih...wa explore sana..wa redah sini....wa pegi sana...wa masuk sini...penat.....APESAL WA TAK JUMPE PUN TGI FRIDAYS KT SINI????

Monday, March 7, 2011

lawak made in kerteh

tpt keje di power plan adalah bersamaan dgn tpt keje di "shut down"....wa sgt pelik....datuk bandar kerteh a.k.a mr blind, tlg selesaikan masalah ini

power plan€ n shut down adalah 2 bende yg sama maksud di sini

Monday, February 28, 2011

akhirnya




Respect to the flags

Thursday, February 24, 2011

berdebar dug dug dug dug

esok dah nk pindah...dier punya berdebar satu macam...tapi tak bole lawan berdebar sebelum akad nikah..itu yg paling champion dier punya debar

Wednesday, February 23, 2011

kepada muhammad oyett

sedara,

belajar2 lah terima hakikat bahawasanya lu akan kene keje pada setiap hari ahad bermula next week...

yang benar,


(kt tpt nih sepatutnya kena sain)
pen doa supaya cuti adalah sama spt di kl