Monday, February 13, 2012

warna

Pada masa dahulu, warna tidak wujud lagi. Hanya ada hitam dan putih sahaja. Manusia pun hidup dalam keadaan bosan, kerana pemandangan sangat tidak menarik.

tiba-tiba, selepas hujan yang lebat malam sebelumnya, satu pelangi besar muncul dilangit. Semua orang pun terasa tertarik melihat pesta warna-warna di atas langit.

Semasa manusia tengah asyik melayan suasana meriah tersebut, pelangi besar itu terjatuh dan melimpah warna keatas bumi ini.

Manusia pun berebut-rebut memilih warna masing-masing.

No comments: